Satu Akaun Adsense Untuk Semua Blog

| June 27, 2008 | 18 Comments

Saya menerima banyak soalan berkenaan "Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense setiap kali membuat laman blog untuk Adsense?".

Jawapan yang ringkas…

"Tidak Perlu"

OK,…mari kita sama-sama belajar, dibawah saya terangkan dengan lanjut…

Untuk makluman anda, satu akaun Google Adsense adalah untuk kesemua blog yang anda bina. Anda tidak perlu memohon Akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina.

Katakan anda pertama kali membina laman blog berkenaan sesuatu topik contohnya "computer speaker" dan anda menggunakan blog tersebut untuk memohon Google Adsense.

Itu tidak bermakna akaun Google Adsense yang anda daftar hanya boleh digunakan pada blog berkenaan "computer speaker" sahaja sehingga anda tidak boleh menggunakan kod AdSense yang diberikan untuk blog anda yang lain.

Walaupun anda mendaftar menggunakan blog berkenaan "computer speaker".

Itu hanyalah sebagai rujukan kepada pihak Google bahawa anda telah mempunyai blog atau website untuk anda berkelayakan mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense.

Jadi kod AdSense yang sama boleh digunakan untuk kesemua blog anda. Kod tersebut akan secara automatik membaca kandungan blog anda dan akan mengeluarkan iklan dari Advertiser yang berkenaan dengan topik blog anda.

Jadi, adakah anda perlu daftarkan kepada Google setiap blog anda?

Jawapanya "Tidak Perlu"

Anda boleh gunakan Adsense Channel untuk memantau setiap blog yang anda bina. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Adsense Channel pada post yang lain.

Harap jawapan saya jelas dan membantu.

Be Sociable, Share!

Tags: ,

Category: Blogging, Google AdSense

Nawar

Tentang Penulis ()

Ahmad Munawwar (Nawar) merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa sejak tahun 2006 selepas hampir 2 tahun berkecimpung secara sambilan dari tahun 2004. Hampir 9 tahun berpengalaman dalam dunia perniagaan Internet bermula dengan Online Network Marketing, Google Adsense, Internet Workshop, menulis ebook dan sekarang telah membina hampir empat Perisian khusus untuk usahawan internet. Beliau berharap untuk berkongsi kepada anda pengalaman beliau dengan harapan ia dapat membantu anda menjana pendapatan secara online.

Comments (18)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. idham says:

    memang betul. Kita boleh pakai akaun itu untuk berapa banyak paparan pun boleh termasuk website sekali. letak 100, 200, seberapa banyak yang anda suka. Yang penting nombor ID kita pada adsense tu contoh pub-1234567878686.

    Abg Munawwar nak ceritakan pasal Adsense channel? bagus sesangat la tu, saya pon tak berapa paham sangat pasal adsense channel nie. camne ye nak detact laman yg di-klik oleh pengunjung pada iklan adsense kita. bleh detect ke?.

  2. Muhammad says:

    Salam ,
    tuan, terima kasih atas tip dari JanaWang. Saya ingin nasihat tuan mengenai blog saya spt diatas. Nasihat tuan amat dihargai.

    terima kasih

  3. shatirah says:

    salam..
    saya dah baca modul 6 tu tapi saya belum memahami dengan detil lg.maknanya modul 6 tu mengajar cara-cara untuk saya buat iklan ker.maaf ker saya tak pandai sangat IT ni.baru nak try.nak cari duit tambahan bagi menampung family.saya harap En Munawar dapat membantu

    terima kasih

  4. samsol bin mahadi says:

    salam,

    terima kasih di ucapkan kpd saudara nawar kerana memberikan laporan tersebut secara percuma sja ttp begitu byk membantu sy byk mendengar ttg adsense ttp kebanyakan memeningkan kepala dan tidak begitu jelas sy pernah membaca 7 hari mahir adsense oleh sdr ariff x mengambarkn dgn jelas adsense nie sepenuhnya ttp sdr nawar w'pun laporan percuma ttp begitu lengkap dng gambar dan arahan2 yg jelas sdr sememangnya sifu dlm bidang nie…

    sy belum lagi bermula dan semoga mendapat tunjuk ajar dr sdr nawar dan terima kasih sekali lagi dgn laporan tersebut dan semoga saudara sentiasa succes selalu.. TQQQQQ

  5. Abusyahid says:

    Assalamualaikum sdr Munawar

    Terima kasih 6modul percuma,saya blm memulakan tunjuk ajar saudara saya msih mempelajari ttg adsense dan bagaimana mengaitkannya dgn blog saya.Dilain masa insyaAllah saya akan hubungi sdr.Terima kasih

  6. Syabirien says:

    Assalamualaikum saudara Nawar.

    Terima kasih di atas 6 modul yang terdahulu dan juga beberapa tips yang sudara berikan. Ia memberi banyak impak kepada saya dimana kita dapat menjana pendapatan melalui adsense.

    Setakat ni saya belum menampakkan sebarang hasil yang di ingini, mungkin saya tersilap langkah dalam beberapa step yang saudara berikan. Saya akan lihat balik kelemahan yang dilakukan.

    Panduan saudara amat berguna untuk newbie macam saya dan saya ingin mendapatkan Panduan JWA 2.0 saudara dalam masa terdekat nanti.

    Terima Kasih…wassalam

  7. khairi says:

    assalamualaikum….
    En. nawar, bagaimana saya nak buat backlink seperti blog anda ini?

  8. hamzah ismail says:

    askum saya hamzah,trima kasih atas pemberian maklumat ini.

  9. Abd Razak Chik says:

    Assalamualaikum saudara….Selamat berpuasa.
    Minta maaf bebanyak teman tak tahu tentang cara nak buat duit dengan cara saudara…teman ne buta ict,setakat nak buka agribazaar tu boleh le,teman ceburi bidang ternakan ayam pedaging,minta maaf ye saudara.

  10. adi says:

    askum cik munawar, saya ada banyak buat blog tapi yang diindex di google hanya satu sahaja.bagaimana saya boleh index blog saya ke google?

    terima kasih

  11. Manja says:

    Alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian ilmu dan 'harta' yg tak ternilai. Sekarang terpulang pada diri saya, samada nak 'senang' atau kekal distatus saya sekarang. Terima kasih banyak dan titipan doa untuk saudara Nawar…mudah2an dimurahkan rezeki…amin.

  12. nizamadib says:

    Assalamualaikum

    Terimakasih banyak dengan tips yg diberi. Baru nak belajar camne nak cari pendapatan melalui internet. Lawatilah blog saya jika berkesempatan. Saya perlukan pandangan dan komen dari orang-orang berpengalaman. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.AMIN

  13. fazlee says:

    kenapa sitemap saya NOT VERIFIED ?

  14. bofnidin says:

    assalamualaikum..tuan,saya mempunyai masalah di sini.untuk memindekkan cerita,maalahnya mengenai meletakkan adsense di dalam blog saya.apabila saya menyeisi borang adsense,selepas itu saya menerima e-mail yang mengatakan seperti di bawah ini:
    Hello bofnidin bin nanoh,

    Thank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after
    reviewing your application, we're unable to accept you into Google
    AdSense at this time.

    We did not approve your application for the reasons listed below.

    Issues:

    • Unsupported language

    Further detail:

    Unsupported language: We've found that the content of your site is
    primarily in a language we do not support at this time. A full list of
    supported languages is available at
    https://www.google.com/support/adsense/bin/answer.py?answer=9727&hl=en_US .
    If you manage or own another site in one of our supported languages,
    feel free to resubmit your application as described below.

    For a complete list of AdSense criteria, please visit:
    https://www.google.com/adsense/policies?hl=en_US
    https://www.google.com/adsense/localized-terms?rc=MY&ce=1&hl=en_US

    To update and resubmit your application, please visit
    https://www.google.com/adsense?hl=en_US and log in at the 'Existing
    Customer Login' box using the email address and password you submitted
    with your application. Our specialists will review your account for
    compliance with our program policies, so please make sure to resolve
    all of the issues listed above before resubmitting.

    Please contact us at adsense-support@google.com if you have any
    questions.

    Regards,

    The Google AdSense Team

    Bagaimanakah saya menyelesaikannya itu?
    Saya berharap tuan dapat memberi jawapan selengkapnya.terima kasih…

  15. mieroc says:

    dh lama x update,, huhu

  16. fitriey says:

    Askm Munawar…

    saya ada perkara yg kurang arif psl blog….sy dah mmbina blog mcm yg u ajarkan step by step tu….maklumla basic pun x tahu…so sy ikut kesemuanya bulat2..
    apa yg saya x fhm…..tiap hari saya open account,..saya nmpk percentage mmg nmpknya mcm meningkat…tp earning kekal zero…
    so yang saya x fhm,….dari segi apa dan mcm mana saya boleh mendapatkan earning sedangkan percentage review saya meningkat…
    saya mmg x pandai lgsung bab2 menjana pendapatan melalui blog ni….so dapatla munawar ajarkan saya…

  17. PIC says:

    My earnings still stuck at USD 0.04 until today for past 3 days. Can u explain how to improve my earnings?

  18. mohd izwan samsudin says:

    trima kasih banyak2 atas 6 modul adsense percume…
    saya dapat tau blog nie dari kwn saya erin (ur sister)….dia ada beri tau saya maklumat tentang blog nie..cuma tak dpat tau add nya apa…k saya da baca dan tgh blajo cara2 nye…dan akan cuba dlm masa terdekat nie…
    cuma saya berminat nak dapatkn lanjutan ebook tu jd macam mana blh saya dapat kan…tq

Apa Komen Anda