Jangan Putus Asa dan Kecewa!

| April 24, 2009 | 122 Comments

Email yang sering saya terima…

"Nawar! saya dah buat macam-macam pasal internet business tetapi tidak ada satu pun yang berjaya…
Habis duit adalah, saya dah hilang kepercayaan dan rasa tertipu… nak cerita pun malas
"

Kalau anda adalah subscriber saya atau pernah menjadi subscriber saya di ahmadmunawwar.com, pastinya anda ada menerima email dari saya berkenaan "Tentang Saya!". Pada email tersebut, saya menceritakan serba sedikti berkenaan diri saya dan perniagaan internet saya.

Tetapi itu sebenarnya tak mendalam…saya cerita ringkas sahaja… sekarang saya akan ceritakannya dengan lebih mendalam…

Pengalaman Berkerja

Ia bermula 5 tahun dahulu disebuah planet yang dipanggil Cyberjaya, tempat saya berkerja dahulunya. Saya mulakan kerjaya saya sebagai Support & System Engineer, kerja-kerja support ini dah mendarah mendaging kata orang tua-tua.

Handphone, nombor telephone rumah, Pager, nombor telephone keluarga dan mertua di kampung semua kena diberikan kepada Company supaya mudah untuk dihubungi… bayangkan!

Kalau orang lain mungkin tidur sebelah isteri, saya pula tidur sebelah handphone. Kalau customer call saya tidak jawap, esok awal-awal pagi kat office kena jawap depan management. Sampai ke tahap fobia kalau handphone saya tak berdering satu hari. Saya jadi risau, handphone saya rosak ke? walhal memang customer tak call pun :-)

Ini bukan kes customer yang beli ebook harga RM50 tetapi system yang ratus Juta dan Billion ringgit.

Kalau dapat emergency call, memang la malang nasib… system perlu recover dalam tempoh sejam… kalau tak kena penalty… Company kena bayar customer ikut Service Level Agreement… lebih dari 4 jam system down… mungkin berjuta penalty yang dikenakan sebab customer loss revenue.

No Life.. No Life… No Life…

Kalau waktu tu jugak anak sakit, bini merengek "NAK" memang tidak dilayan. Ya Allah, tidak boleh nak lupa saya pengalaman-pengalaman ini. Pernah tak anda kerja "around the clock, follow the sun"? Kalau bab travel oversea ini usah cakap la… airport dah jadi rumah. Kalau bab teknikal ini setiap byte dan bit saya buat tracing…

Cukuplah setakat itu saya cerita pengalaman kerja saya lebih kurang 5 tahun…Kata mat salleh ENOUGH is ENOUGH!

Jadi keadaan itulah yang membuatkan saya berfikir dan termenung… SAMPAI BILA?

Lebih kurang 4 bulan selepas saya di assigned sebagai Customer Support Manager iaitu August 2006…. saya QUIT!

Kalau saya tunggu beberapa bulan lagi.. boleh la cecah 5 angka pendapatan disitu.

Perniagaan Internet Saya Bermula

Bertitik tolak dari situ lah saya mula cari peluang untuk buat online business secara part time..

Saya berfikir macam ni, kalau lah aku gunakan MASA, TENAGA dan COMMITMENT yang aku beri pada company untuk perniagaan aku sendiri, pastinya perniagaan aku dah berjaya dan yang lebih penting saya buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain… own satisfaction!

Jadi perjalanan bermula disini…ketika itu tahun Mid 2004 kalau tak silap saya.

Saya seperti anda juga, saya buat search di Google, cari bagaimana nak buat online business yang tidak memerlukan banyak masa dan saya boleh buat part time memandangkan masa saya terhad. berkerja.

Tak Faham Dan Rasa Tertipu (Salah Sendiri)

Adalah tah macam mana saya terbeli satu produk "making money online" dari USA, rasanya masa itu saya cari maklumat pasal kereta Volvo (peminat Volvo katakan) dan saya terbeli pun sebab saya klik iklan Adsense yang terdapat di laman web forum tersebut (pada masa itu saya tak tahu yang itu iklan Adsense)… kelakar betul

Sampai sekarang produk itu masih saya simpan, tak guna pun sebab tah apa-apa kandungan dia.. borak je dalam video tu tetapi caranya tak diajar… TERTIPU? mungkin!

Saya PUTUS ASA? KECEWA?….No Way!

Pernigaan Internet Yang Pertama

Kemudian dalam pencarian saya tu saya terjumpa satu laman web (lead capture website) yang owner dia adalah gadis dari Indonesia bernama Anne Ahira. Saya kagum sebab dalam usia yang masih muda mungkin masa itu sekitar awal dua puluhan dah jadi international internet marketer. Beliau promosikan produk Financial Freedom Society (FFSI) secara network marketing. Team dialah yang paling TOP sebab dia create satu system yang kita boleh easily duplicate. Team dari US dan Europe bawah dia.

On the spot, next day saya terus join sebab pertamanya saya memang minat dengan produk tersebut yang mengajar untuk mengurus kewangan dan kedua saya tertarik dengan system yang Anne Ahira bina.

Knowledge & Skills First

Dari situlah saya belajar tentang internet marketing, apa itu Lead Capture Website, opt-in, Autoresponder (Email Marketing), Prospecting skills, Blogging, Adwords, Ezine, Solo Ads dan sebagainya dan fikiran saya mula terbuka seluas-luasnya mengenai internet marketing.

Beberapa hari selepas saya join, saya berjaya recruit prospect dari USA, Australia, Ireland, Malaysia, Singapore, Africa dan banyak lagi… semua saya buat secara online. Tidak ada satu meeting dan call pun yang saya buat… upline saya pun terkejut :-)

Masa itu memang saya nekad dan determination, saya memang terus terjun dan berenang. Saya cakap dalam hati saya, aku mesti belajar, buat dan praktikkan.

Menjana pendapatan online saya letak belakang dulu, yang UTAMA ialah KNOWLEDGE dan SKILLS. Tak pandang belakang lagi dah… kalau satu benda tu saya tak tahu, saya akan baca dan buat sampai faham.

kalau anda nak lihat blog pertama saya, boleh lihat pada link yang saya berikan dibawah, saya bina Disember 2004 dan saya dah lupa apa password nak login.

http://Give2Gain.blogspot.com

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari

Dalam keadaan rancak itulah ketika mula nak merasa pendapatan dari online dengan bergaya, seperti kata orang tua-tua kita "panas tak sampai kepetang". Company FFSI tidak lagi menerima members untuk international market, mereka hanya terhadkan kepada USA sahaja… market shrink

Anne Ahira terpaksa bubarkan team network marketing beliau masa itu dikenali sebagai "Elite Team International". Sekarang beliau buka Internet Marketing Center (IMC) di Indonesia dikenali sebagai AsianBrain.com

Saya PUTUS ASA? KECEWA? Oh ho.. NO WAY! Tidak ada dalam kamus hidup saya.

Kenapa? sebab saya gain knowledge yang saya boleh expand in the future.

Dengan skill yang saya ada sebelumnya, saya mula buat Google Adsense. Pada masa itu bermulanya saya dengan Google Adsense sehingga pendapatan saya melebihi Gaji saya.

Segala teknik dan strategi saya belajar secara online, letih, buat salah, buat tak jadi, tangan/siku jadi kematu, mata merah (sampai bini cakap, cukup lah Bang mari tidur, esok sambung lagi), pergi office macam zombie, air tertumpah atas laptop, frust, semua itu dilalui sebab ada "burning desire" nak buat online business full time.

Seminar Dan Bengkel

Mungkin anda tidak mengetahui, mungkin juga ada yang tahu.. di Malaysia ni dulu ada satu Team yang buat Adsense ini secara Network Marketing.

Jadi salah seorang dari mereka mengenali saya yang bergiat dengan Adsense, dan dari situ saya dipanggil untuk buat Seminar mengenai Adsense dan juga bengkel Adsense untuk TEAM mereka.

Bermula dengan seminar di Hotel sehingga lah mengendalikan bengkel di lab komputer di UPM, saya mula mengadakan bengkel saya sendiri. Sehingglah saya pernah dijemput untuk beri briefing mengenai Internet Marketing, sejam saya dibayar RM1,000.

Seminar dan bengkel Adsense hanyalah sampingan kerana fokus saya lebih kepada Google Adsense itu sendiri.

Menulis Ebook

Memandangkan bengkel hanya terhad kepada 20 orang dalam satu masa dan tidak semua orang mampu untuk hadiri bengkel, maka saya mengorak langkah membuat ebook berkenaan Google Adsense. Oleh kerana kesilapan saya sendiri, tidak dapat menyiapkan ebook Adsense seperti yang saya janjikan pada subscriber, jadi saya releasekan 6 Modul Adsense secara percuma terlebih dahulu.

Itu semua hikmah dari Allah s.w.t, rupanya dengan 6 Modul Adsense yang saya berikan percuma menjadikan subscriber lagi bertambah tak sabar. Bila saya launch jualan Pakej, habis bersih serdak pun tak tinggal…sampaikan Server saya pun DOWN!

Sabar, Fokus dan Konsisten

Kalaulah dari awal dulu saya sudah kecewa dan putus asa, ini mungkin tidak akan terjadi.

Jadi jangan sekali-kali anda putus asa dan kecewa dalam berusaha membina perniagaan internet anda, setelah anda pastikan apa yang anda niagakan itu LEGAL dan VIABLE, teruskan belajar, fahami, praktikkan dan kalau buat salah pun tak apa sebab belajar.

Seperti yang saya katakan sebentar tadi letakkan "menjana pendapatan" nombor dua yang penting KNOWLEDGE dan SKILLS yang anda perlu anda bina untuk diri anda.

Belajar

Kalau tak tahu buat blog, lapangkan masa belajar buat blog, buat website, minisite, squeeze page, landing page, autorepsonder dan sebagainya.

Mahirkan teknik dan cara untuk membawa trafik ke laman web atau blog anda, mahirkan teknik email marketing, blogging dan sebagainya.

Sebulan, dua bulan, 6 bulan dan mungkin juga setahun anda perlukan untuk mula membuahkan hasil dalam perniagaan internet tidal mengapa sebab itu satu proses yang perlu anda lalui.

"No Magic" Please…

Berapa banyak hari, minggu, bulan dan tahun yang sudah lepas dalam hidup anda tanpa anda mahirkan diri anda dengan internet marketing dan anda mengharapkan sesuatu yang "MAGIC" berlaku tiba-tiba anda terjumpa kononnya lubuk emas, perigi duit dan tah apa-apa lagi yang boleh jadikan anda KAYA sekelip mata.

It Will NEVER Happen That Way!

Kesimpulanya, jangan sekali-kali putus asa dan kecewa. Rancang betul-betul dan mulakan, stay fokus. Jangan lompat dari satu program ke satu program, anda tidak akan kemana.

Kalau sebelum ini ada ada menerima email tips saya berkenaan Adsense dan Affiliate dengan teknik list building, that is where you should focus yourself…"membina list"… itu adalah ASSET yang penting.

Make your first dollar then the rest will come. [Yakin lah Rezeki Dari Allah!]

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan kepada anda, tetapi ini pun dah panjang sangat. Nanti Bos anda marah. Saya sambung pada email yang akan datang.

Berikan pandangan anda, nasihat dan komen di ruang yang disediakan dibawah, mudah-mudahan pembaca yang lain mendapat manfaat darinya.

Be Sociable, Share!

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Nawar

Tentang Penulis ()

Ahmad Munawwar (Nawar) merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa sejak tahun 2006 selepas hampir 2 tahun berkecimpung secara sambilan dari tahun 2004. Hampir 9 tahun berpengalaman dalam dunia perniagaan Internet bermula dengan Online Network Marketing, Google Adsense, Internet Workshop, menulis ebook dan sekarang telah membina hampir empat Perisian khusus untuk usahawan internet. Beliau berharap untuk berkongsi kepada anda pengalaman beliau dengan harapan ia dapat membantu anda menjana pendapatan secara online.

Comments (122)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. zainizam says:

    en nawar….saya agak kagum gan kebolehan encik…..tapi yang menjadi persoalannya sekaran ni,ramai yang menyertai tak tahu mcm mana nak wat…agak susah….sebagai orang melayu saya nak en nawar pastikan cara yang lebih berkesan.. saya percaya 80% ORG yang menyertai program ini nakkan jawapan….

  2. Muhamad Sidek says:

    Assalamualaikum

    Sdra Nawar

    Saya telah menyertai seminar tuan pada 2007 dan membeli pakej JWA 2.0 tetapi sehingga hari ini saya masih gagal memperolehi pendapatan yang boleh membayar kos kursus dulu, ada beberapa sebab mungkin kegagalan itu berlaku, pertama; kita kena selalu update blog yg dibina kalau ada satu dua ok lagi tp saya dah buat berpuluh2 mengikut langkah2 yg diajar dengan keyword yg kompetetif tp sayang tak ramai yg masuk.Lama kelamaan mood kita mulai menurun.Kedua, mungkin kerana gagal mencari keyword yg memikat pengunjung dan ketiga ialah jumlah traffic yang masuk hanya melihat tetapi tidak klik pada iklan2 itu..

    Cadanngan, sdra nawar boleh buat sedikit research terhadap masalah2 yg berlaku terutama kpd newbie sperti saya ini.

  3. Zalina Zan says:

    Assalamualaikum Cikgu Nawar

    Terima Kasih atas segala email yg telah cikgu hantarkan ke email saya.. Saya sedang mempraktikkan apa yg cikgu Nawar ajar sekarang ni, dengan membina blog baru…masih dlm proses membina blog sambil baca nota cikgu di email saya…Saya harap kali ni saya mendapat sales di internet. Insyaallah..

    Moga Allah memberikan ilmu yg baru kepada Cikgu Nawar dan dapat berkongsi kepada kita semua.
    Wassalam.

  4. azmey says:

    Salam… Sebenarnya untuk berjaya kena melabur sikit, bukan harapkan cara free je! Blogger dan woerdpress free ni untuk peringkat beginner bolehlah. Untuk jangka panjang kena beli domain berbayar juga. Kesungguhan dan usaha akan berganda
    ,ilmu pun dapat dengan belajar macamana nak setup domain dan hosting. Dengan Rm36 setahun pun boleh dapat domain yang bagus dan kalau nak free hosting pakai je blogspot hosting tapi takde blogspot.com lagi.
    Satu lagi perkara kebanyakan blogger yang berjaya seperti Alvin Pang, Steven Wong dan yg lain-lain mereka mahir bahasa inggeris dan ada kreativiti sendiri. Kalau kita ambik artikel yg kita sendiri tak berapa faham untuk blog dan mengharapkan pilangan yang banyak dan berterusan susah sikit. Kalau ada pun ciput je.
    Dengan mengambil artikel tanpa ubahsuai kita telah memberi iklan kepada penulis artikel itu dengan membenarkan link ke websitenya. Pembaca akan klik link tersebut dn bukan iklan.
    satu lagi kalau kita ambil artikel antarabangsa kita hendaklah membina komuniti antarabangsa seperti twitter, digg, facebook dan lain-lain.
    Manusia sekarang makin cerdik mereka tak mahu saje-saje nak tengok iklan tersebut kerana mereka tahu mereka akan memberi income kepada website tersebut.
    Apa yang penting adalah belajar, Kalau nak banyak duit kena tingkatkan bahasa inggeris seperti sdr Nawar dan kita boleh berkomunikasi kat forum antara bangsa.
    Banyak orang melayu buat blog untuk adsense sampai beratus-ratus blog hingga tak terjaga.Nasihat saya buat aje blog kalau boleh yg berbayar setakat 10 usd setahun pun takpe janji kita punya. Buat dan jaga betul-betul. Bina aset masa depan kita. Jangan terburu-buru nak dapat duit. Jangan buat link tak tentu arah. Mesti ada kerjasama yang bagus peringkat Malaysia atau global lagi bagus.
    Belajar inggeris betul-betul sampai pandai. Kalau setakat Malaysia je dapat sikit jelah. Itu pun kalagan melayu je lawat blog melayu ni..
    Sekian.. Kebanyakan org jual produk tak pernah tekankan penggunaan BI kerana takut pelanggan melayu jd lemah.
    Selalu kita dengar ayat sales letter Marketer melayu macam ni" Kalau BI lintang pukang pun boleh buat duit kat internet"… Bolehhh, tapi sampai bila? Kita tak boleh memperbodohkan org sepanjang masa..Kerja copy and paste ni takkan kemana…Belajar dan terus belajar! maaf kalau ada terkasar.. Semoga berjaya semua.

  5. terk says:

    saya terasa teransang dengan cerita yang saudara paparkan dalam blog ini."usaha itu tangga kejayaan".pepatah melayu itu ternyata benar.kalau boleh saya nak belajar lebih banyak lagi tentang perniagaan internet ini daripada saudara.saya begitu teruja dan bersemangat dengan perkara yang dibangkitkan.dari susah payahnya saudara hingga mengecapi kejayaan kini.tolonglah ajar saya berkenaan dengan affliate dan adsense ini…

  6. sah90 says:

    Dahsyat nyer citer.
    He3
    Tapi,
    best buat bagi motivasi..:)

  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Saya baru sahaja membuat pembelian pakej JWA2.1.
    Selepas membaca Modul LuarBiasa (panggilan saya untuk 6modul percuma pak munawwar), saya terus membuat 10 buah blog atas dasar tidak mahu melengahkan masa. Walaupun baru lagi dalam bidang ini, saya yakin dengan keazaman dan kesungguhan yang ada, InsyaAllah saya boleh berjaya. Harap saudara2 lain juga turut berjaya !

  8. ok says:

    Oh thanks dude

  9. Khir says:

    Salam…

    Saya rasa bangga dengan pengalaman encik, saya ingin menjadi berjaya seperti encik. Betullah Hadith Rasulullah mengenai perniagaan. Semoga kita semua berjaya. Minta-minta saya berjaya jugalah, sbb skang wifepun dah bebal suh tido suh tido, tapi saya buat dek je sbb malam je la dapat belajar pasal adsense nie. :-)

  10. syarih says:

    Assalamualaikum semua.

    Saudara semua munkin telah membaca dan telah mengikuti semua panduan yang diberikan oleh saudara Nawar. Ya.. semua panduan itu tepat dan bernas sekali. Sekiranya anda mengikut sepenuhnya panduan yang telah diberi itu belum tentu anda akan dapat menjana pendapatan. Ini kerana sebahagian lagi berada pada kebolehan (skill) dan kreativiti anda sendiri. Sebagai contoh en. nawar menjual sebilah pisau yang tajam dan anda membeli pisau tersebut dengan harapan dapat memotong. Ermm…tetapi nak potong apa? Itu masalahnya. Jika kita bina blog yang baik mengikut panduan itu, untuk siapa blog itu? Anda kena jawab sendiri. Dan ia mestilah menarik, ceria, informatif, kontent blog itu dapat menyelesaikan masalah kepada yang melawatnya baru dikatakan unik. Letakkan diri anda sendiri didepan blog itu. Sekali pandang adakah anda akan klik dan membaca di blog anda itu. Jika ya maka anda mungkin berjaya, insyaallah..

  11. fidah says:

    Salam semua…
    Bila baca pengalaman En Nawar, semangat sy menyala-nyala…tapi hrp2 taklah hangat2 tahi ayam je.
    Saya dh beli pakej JWA tapi putus asa sbb apa yg dibuat x menjadi. InsyaAllah slps ini sy akan bersungguh-sungguh utk jana pendpatan dgn google adsense.

  12. zam says:

    En. Munawar dah lama tak update blog. Masih busy dengan projek ke? Email pun takde update. Harap sihat.

  13. hafiz says:

    salam………Terima kaseh kpd abg nawar yg baik hati. setelah saya ikuti langkah2 yg ditunjukan dalan panduan Adsense pcuma tak sangka pulak blog saya berada di senarai ke3 teratas dari 64.000 nilai R, tapi sedang menunggu kelulusan dari adsense untuk mendapakan Akaun adsense, dah satu minggu dah tggu ni tak de jawapan lagi huhuhuhu kene bnyk2 bsabar dgn bende ni…..

  14. wma says:

    Assalammualaikum, meriah dan besemangat sungguh komuniti di sini, saya pun turut teruja. Baru mengenali dunia blog dan baru nak faham makna Adsense. Dah tentunya dari 6 Modul dan JWA2.0.
    Dalam kegelapan cuba buat blog dengan tool yg sdr Nawar beri. Rasanya entah apa2, tapi dari buta IT dah dapat juga gunakan Blogger tu. Alhamdulillah adale USD4.31 dlm akaun.

  15. ida says:

    Salam sdr nawar. terima kasih di atas nasihat-nasihat dan panduan yang diberikan oleh saudara. saya juga orang baru dalam bisness adsense ini. baru nak bertatih. saya setuju bahawa kita perlu ada ilmu dan kemahiran bila nak join apa-apa bisness.

  16. pokjakbiz says:

    salam Tuan Nawar;
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas perkongsian kisah hidup yang penuh dengan pengajaran dan motivasi.
    Berkobar-kobar semangat saya untuk meneruskan niat untuk buat bisnes online ni. sebenarnya saya masih lg hijau psal bisnes internet ni dan sehingga sekarang masih lg tercari-cari peluang bisnes yang paling sesuai dengan diri saya. akhir skali selamat maju jaya Tuan Nawar.

  17. ALAM says:

    ilmu yang bermanfaat dari encik munawar…semoga saudara dimurahkan rezeki kerana perkongsiaan ilmu ini

  18. ALAM says:

    betul saya setuju sgt2 pandangan saudara

  19. Yusri says:

    Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan, buah fikiran dan pengalaman yang mengujakan. Kepada yang masih belum mempunyai pakej JWA 2.5 bolehlah mendapatkannya di http://www.jana-wang-adsense.net. Salam kejayaan untuk semua.

  20. anakwatan says:

    salam abg munawar.. trima kasih byk2 kerana mengajar saya.. rupanya byk sudah pahit manis abg laluai baru sampai di tahap ini.. saya merupakan sorng ank murid abg yg belajar mgunakan 6modul adsense tu.. modul tu byk membantu saya.. trima kaseh sekali lg saye ucapkn..

  21. Jija says:

    Pnjg tp xrasa pnjg bila sy baca…tq sifu munawar :)

  22. Su says:

    Assalammualaikum tuan….

    Saya dah lama juga tercari2 nak bljr tntg blog..Agak lmbt mempelajarinya tnpa guru..boleh kata skrg pun msh tak tau kat mana sbnrnya nak start ni…lebih 4 thn skdr berlegar2 mencari arah yg ntah kat mana nak tuju..Harap di sinilah saya dapat mulakan segalanya untuk belajar..Terima kasih bnyk2 atas email tuan…Saya tak sbr dah nk menanti email yg seterusnya..xcited nak belajar..Saya kagum dgn ketabahan tuan…Insya Allah saya juga tidak akan berputus asa..

    Wassalam…

Apa Komen Anda